Thursday, 24 November 2016

Pepatah sendiri

Pepatah Arab ada menyatakan ilmu tanpa amal seperti pokok tidak berbuah. . . dalam banyak2 pepatah. . . ayat ni yang aku slalu ingat. . .  tapi jika dihayati balik. . . pepatah ni banyak manfaatnya. . . tapi biar aku buat pepatah sendiri . . . pada aku hidup tanpa cinta seperti hidup dalam mati. . . tapi apa pun aku bersyukur sangat sebab sampai sekarang aku dapat rasa cinta dari yang mana esa . . dari keluarga aku mak abah akak. . . Cuba aku masih tercari2 cinta dari bakal suami aku. . . tapi sebenarnya aku tak perlu cari cinta tu. . . kalau dia jodoh aku perasaan tu akan datang sendiri. . . tempoh nikah makin dekat. . . aku risau dalam masa yang singkat ni Allah makbulkan doa aku. . . tapi aku masih berharap Allah makbulkan doa aku. . . aku nak Allah hilangkan ingatan aku pada dia. . . Supaya aku lupakan semua kejahatan yang dia pernah cakap Dan buat pada aku . . . . kalau boleh biarlah sesuatu perkahwinan dimulai dengan hati yang bersih tanpa sekarang kenangan pahit. . . apa pun aku past an dengan semuanya. . . jika ni takdir hidup aku. . . aku kena hadapi juga. . . xoxo

Saturday, 5 November 2016

Aku hilang akal

Aku bertunang 2/1/2016 yang lalu... pada awalnya,  okay... Tak ada masalah... tapi BilA dah lama... dugaan mula datang... dugaan yang datang bukan sebarangan... sekuat2 hati.. sampai tahap menangis separuh mati la...  kenapa tiba2 aku update blog ni...Aku tak ada tempat mengadu....  sebab setiap kali marah atau gaduh ngan tunang aku... Aku akan doa supaya Allah hilangkan ingatan aku mengenai dia...  Aku takut satu hari nanti Allah makbulkan doa aku... Aku doa mcm tu sebab aku Taknak ingat apa saja kata2 dia yang menyakitkan hati aku... kalau boleh biarlah aku lepas kawin aku kenal dia seorang yang baik.... tapi... hari nikah makin dekat... makin kuat dugaan... macam2 kata kesat dia lontar kt aku... Aku ni siapa?  Aku ni tunang dia la... sampai mcm tu sekali dia hina aku... Aku tak nafikan aku pernah kasar dengan dia... tapi aku dah janji dengan diri aku... Aku Takkan cakap camtu lagi pada dia... tapi dia asyik maki hamun aku...  any advice for me????

Aku boleh settlekan masalah rumahtangga orang... tapi BilA kena pada diri sendiri... Tak dapat control perasaan

Wednesday, 28 October 2015

Brunei - Kaunseling Keluarga : perceraian melalui media elektronik

Assalamualaikum semua, sebelum ini saya pernah terangkan mengenai perceraian secara talak. dan sekarang saya akan kongsikan mengenai Perceraian melalui media elektronik dari sudut Fiqh dan Undang-undang.




berdasarkan gambar diatas saya yakin bahawa pembaca memahami apa yang cuba saya sampaikan.

sebelum itu saya ingin bertanya apa maksud media elektronik? haaa, sapa dapat jawab saya bagi gula-gula..hahaha...tak mengapa, biar saya sendiri yang jawab..

Media elektronik adalah merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, komputer, telefon dan lain-lain.

yang jelasnya pada zaman gadget ini semua orang menggunakan media elektronik terutamanya handphone, ipad, mac book, notebook, dan sebagainya. malahan untuk membeli barang pun boleh beli secara online, tup tup sampai barang depan rumah...

tapi sekarang ini saya tidak mahu mengulas panjang mengenai jual beli barang secara online tapi saya akan focuskan pada isu perceraian melalui media elektronik.

RUKUN-RUKUN TALAK

a) suami yang menceraikan
b) isteri yang diceraikan
c) lafaz yang digunakan (sighah)
d) kuasa talak
e) ada kesengajaan atau qasad untuk menceraikan isteri

BENTUK-BENTUK PERCERAIAN

seperti yang telah dijelaskan pada artikel yang lalu bahawa bentuk-bentuk perceraian ada 2 iaitu secara terang dan kiasan (kinayah).

perceraian secara sarihah ini menghendaki suami menceraikan isterinya dengan lafaz yang jelas difaham bahawa suami telah mentalakkan isterinya

manakala lafaz kinayah ialah apa-apa tindakan suami samada berbentuk lafaz, perbuatan, dokumen dan sebagainya termasuk kemudahan teknologi maklumat seperti email dan sistem pesanan ringkas yang mungkin membawa maksud talak atau sebaliknya. perceraian jenis ini kurang jelas dalam dua rukun iaitu sighah yang digunakan beserta niat atau qasad oleh suami semasa perbuatan berkenaan dilakukan.

dalam keadaan sebegini hakim hendaklah memanggil suami berkenaan bagi mempastikan lafaz yang diucapkan itu bermaksud talak. begitu juga tindakan lain (melalui surat, telefon dan email) dilakukan oleh suami beserta niat dan qasad.

KEPERLUAN SAKSI DALAM TALAK

walaupun keperluan dua orang saksi ini bukan merupakan rukun yang wajib dilaksanakan menurut jumhur ulama, namun Ibn Habban menegaskan bahawa keperluan dua orang saksi ini adalah wajib. beliau mentafsirkan perkataan famsikuhunna dan fariquhunna (at-talaq :2) masing-masing sebagai rujuk dan talak dan memerlukan dua orang saksi. dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah di mana 'Imran bin Husayn ditanya mengenai seorang lelaki yang mentalakkan isterinya tanpa saksi. beliau berkata bahawa 'perceraian kamu itu tidak berdasarkan sunnah'. oleh yang demikian dapatlah difahamkan jika salah satu rukun nikah itu memerlukan dua orang saksi, maka perkara yang sama diperlukan dalam rukun talak.


FATWA MENGENAI PERCERAIAN MELALUI SMS
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-59 yang bersidang pada 27 Ogos 2003 telah membincangkan Perceraian melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Muzakarah memutuskan bahawa :-

a)   talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti 
      melalui faksimili, SMS, email dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah 
      sekiranya disertai dengan niat.

b)   semua perceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah Syariah untuk mwnsabitkan talak tersebut.

c)   talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang tidak 
      menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak,

KESIMPULAN

secara keseluruhannya ingin dinyatakan bahawa perceraian melalui sms, whatsapp, facebook, faks, email dan sebagainya adalah SAH jika disertakan dengan niat menceraikan isteri. oleh itu selepas melafazkan cerai melalui media elektronik ni, suami dan isteri mesti pergi ke Mahkamah Syariah bagi membuat pengesahan lafaz cerai dan Hakim pada kebiasaannya akan bertanya kepada si suami adalah lafaz tersebut dibuat dengan niat menceraikan isteri. jika si suami kata YA, maka sah la lafaz talak tersebut.

pesanan saya, walau apapun teknologi yang kita ada sekarang ni, jangan la menggunakannya untuk perkara-perkara sebegini kerana ianya sangat tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan, ingat semula semasa kamu ingin menikahi isteri kamu, kamu mengambilnya dari keluarganya dengan cara baik, maka lepaskan isterimu dengan baik juga. 

sampai sini sahaja penerangan saya mengenai Perceraian secara lafaz talak. pada penulisan seterusnya saya akan menerangkan lagi mengenai perceraian secara syiqaq... 


jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lebih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms ataupun whatsapp saya di no +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com.

Assalamualaikum semua...xoxo

Tuesday, 27 October 2015

Brunei - Kaunseling rumahtangga : Talak

Assalamualaikum, sebelum ini saya pernah menjelaskan mengenai bahagian-bahagian talak, dan sekarang saya akan focuskan satu persatu dan saya mulakan dengan perceraian secara Talak.. semua sedia? cehhh, macam nak berlumba pulak..hahah


perkataan talak berasal dari bahasa Arab yang bererti melepaskan ikatan nikah. talak juga bermaksud membubarkan akad nikah dengan lafaz talak dan yang seumpanya.

HUKUM TALAK ada 5 iaitu :-

1. HARAM
    ulama telah menggariskan bahawa adalah haram bagi suami menceraikan isteri dalam keadaa      
    berikut :-
    a.  selepas disetubuhi isteri dalam keadaan haid dan tanpa sebab;
    b.  dalam keadaan suci dan disetubihinya sebelum nyata mengandung;
    c.  suami mempunyai beberapa orang isteri kemudian memberikan hak-hak mereka tetapi ia
         menceraikan salah seorang daripadanya sebelum sempat memberi hak tersebut.
    d.  suami dalam keadaan sakit yang boleh membawa kematian (marad al-mawt) lalu ia        
         menceraikannya dengan niat mengahalang isteri mendapat harta warisan.

2. MAKRUH
    seorang suami makruh menceraikan isterinya yang baik budi pekertinya, taat kepada agama dan  
    tidak melakukan apa-apa kesalahan. demikian juga halnya apabila suami menceraikan isteri
    dengan tiada hajat atau sebab munasabah.

3. WAJIB
    perceraian ada kalanya boleh menjadi wajib seperti perceraian yang dijatuhkan oleh hakam dalam
    perselisihan suami isteri yang tidak dapat didamaikan lagi. mereka bersetuju bahawa perceraian
    adalah jalan yang paling baik bagi menyelesaikan perbalahan mereka atau suami mengetahui
    bahawa dirinya tidak berkemampuan untuk meneruskan perkahwinan kerana tidak mampu
    memberi nafkah dan lain-lain lagi.

4. SUNAT
    suami sunat menceraikan isterinya yang mempunyai kelakuan buruk, ditakuti berlaku darar dan
    tidak taat kepada perintah agama serta tidak menjaga kesopanan dirinya seperti tidak melakukan
    sembahyang, sunat juga suami menceraikan isteri jika perbuatan suami boleh mendatangkan
    kemudaratan kepada isteri seperti pemarah dan lainnya. begitu juga jika suami tidak mampu
    memberikan hak-hak isteri dalam perkahwinan.

5. HARUS
    harus bagi seorang suami menceraikan isterinya apabila tidak ada lagi perasaan kasih sayang    
    antara suami isteri atau si isteri tidak dapat lagi menyenangkan hati suami. oleh yang demikian    
    jika diamati ada 5 hukum mengenai perceraian yang telah dibincangkan oleh ulama. pembahagian
    ini telah dibuat dengan mengambil kira sebab yang pelbagai. walau bagaimanapun perceraian
    hanya dianggap sah apabila menepati syarat-syaratnya.

SYARAT SAH TALAK

1.  hendaklah lafaz cerai berlaku semasa masih dalam tempoh perkahwinan
2.  suami mestilah seorang mukalaf, berakal, dan baligh
3.  perceraian hendaklah dilafazkan dengan pilihan sendiri dan sukarela.

LAFAZ TALAK

1.  lafaz yang tegas dan jelas (sarih)
     contoh : "awak kena talak", "saya ceraikan awak" "awak ditalak" "saya ceraikan isteri saya"

2.  lafaz yang tidak tegas dan tidak jelas iaitu sindiran (kinayah)
     contoh : "pergilah ke keluarga awak" "keluarlah" "bebaslah"

setiap lafaz yang dilafazkan oleh suami mestilah dengan niat menceraikan isteri. jika tidak beserta niat, maka tidak jatuh talak.

baiklah... sampai disini dahulu penerangan mengenai perceraian secara talak. tapi penerangan ini belum selesai lagi, pada tulisan akan datang saya akan jelaskan mengenai perceraian talak melalui media elektronik sperti sms, whatsapp, email dan sebagainya. tunggu tulisan saya seterusnya ok..



jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lebih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms ataupun whatsapp saya di no +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com.

Assalamualaikum semua...xoxo

Friday, 14 August 2015

Brunei : Kaunseling rumahtangga - Pembubaran Perkahwinan (Cerai)




Assalamualaikum semua, harini saya ingin berkongsi mengenai pembubaran perkahwinan, atau lebih senang dikenali sebagai cerai...perkataan "CERAI" kadang kala menjadi satu perkataan yang sangat sensetif, tapi hakikat kehidupan setiap hari akan ada berlakunya perceraian.

okay, intro tak boleh panjang sangat...


so di sini saya nak terangkan sedikit beberapa bahagian pembubaran perkahwinan bersdasarkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam penggal 217 (Akta Negara Brunei) :-


  1. bab 42 iaitu perceraian dengan talaq atau dengan Perintah;
  2. bab 43 iaitu perceraian kerana syiqaq dan melantik Hakam sebagai timbangtara
  3. bab 44 iaitu perintah untuk membubarkan perkahwinan kerana dharar
  4. bab 45 ialah perceraian dibawah Ta'liq
  5. bab 46 ialah pembubaran perkahwinan secara fasakh
  6. bab 47 ialah pertukaran agama
  7. bab 48 ialah cerai secara tebus talaq
  8. bab 49 ialah perceraian secara li'an
  9. bab 50 ialah perceraian secara ila
  10. bab 51 perceraian secara zihar

ini jelas menunjukkan bahawa cara untuk membubarkan perkahwinan ada banyak cara. tetapi yang biasa diketahui oleh orang ramai adalah talak dan fasakh.

diatas menunjukkan bahawa ada 10 cara untuk membubarkan perkahwinan dan setiap bahagian ada elemen-elemen terperinci yang perlu dilihat. 
         
saya akan menghuraikan satu per satu pada post akan datang ok. 



jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lenih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms ataupun whatsapp saya di No. +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com

Assalamualaikum... xoxo..

Friday, 7 August 2015

TANGISAN HATI KERANA KEKOSONGAN JIWA

Pernahkah kita merasakan hati kita begitu kosong dan hampa, semangat terasa pudar dan hambar serta tiada lagi kekuatan jiwa. Disaat ini hari-hari yang ditempuhi terasa hambar dan kita seolah-olahnya terasing dalam dunia kita sendiri.


Kita cuba mencari dimana silapnya. Adakah kerana dosa-dosa masa lalu atau kerana jiwa kita terlalai dari mengingati Allah SWT. Kitapun bertaubat dan memanjangkan munajat kita namun jiwa tetap terasa kosong "seolah-olah doa dan munajat kita tidak sampai kelangit". Kita cuba mengalirkan air mata keinsafan tetapi hati kita rasanya terlalu keras untuk itu; seolah-olahnya air mata kita telah kering untuk itu. Keyakinan terhadap apa yang Allah janjikan tidak lagi menguasai hati dan fikiran kita.


Kita cuba pula membuka lembaran-lembaran al Quran... mencari ayat-ayat yang pernah menyentuh hati kita dan kitapun cuba menghayatinya agar hati kita kembali lembut dan lunak tetapi itupun gagal.
Kini kita tidak tahu lagi apa yang sebenarnya kita sedang cari dari kehidupan yang seketika ini, kita mula kehilangan fokus dalam kerja-kerja kita dan ibadah kita mula kehilangan ruh. Segalanya terlalu kabur. Kehidupan kita disaat ini seolah-olahnya suatu fasa yang kita lalui secara terpaksa. Masa-masa yang ditempuhi terasa begitu perlahan bahkan kadang-kadang terasa seakan-akan jarum jam berhenti berputar beberapa kali.


Inilah yang saya rasakan saat ini. Kehidupan yang hambar dan kosong setelah melalui saat hidup yang bertenaga dan bersemangat.
Adakah ini adalah salah satu fasa kehidupan yang akan ditempuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin mendekatkan dirinya pada Rabbnya atau hanya saya saja yang menempuhinya? 


Disaat-saat begini saya mula menggunakan segala potensi dan kekuatan yang saya ada. Beberapa persoalan cuba saya timbulkan di dalam benak fikiran saya.Adakah sudah lagi tiada keredhaan Allah; Apa untungnya saya menimbulkan persoalan ini. Bukankah memikirkan begini semamangnya telah menjauhkan kita dari rahmatnya dan mengundang kemurkaanNya. Bukankah Allah mencela mereka yang berputus asa dengan rahmatnya. Bukankah memikirnya adalah suatu kemungkaran yang akan mencemarkan aqidah. Bukankah dulu, pernah seorang pemuda yang menangis di depan pintu rumah Rasulullah SAW dan tangisannya begitu dahsyat hinggakan Saidina Umar RA yang melihat keadaannya turut menangis tanpa sempat bertanya kenapa. Apabila Rasulullah datang dan bertanya lalu pemuda itu menceritakan dosanya yang bukan kepalang dan dia takut Allah tidak mengampunkan dosanya. 


Kitpun mungkin akan fikirkan begitu; seorang pemuda yang kerjanya mencuri kain kapan disetiap malam apabila siangnya ada mayat yang dikebumikan sehinggakan akhirnya suatu malam dia terpegun dengan kecantikan mayat seorang gadis yang telah dilondehkan kain kapannya. lalu pemuda tersebut menyetubuhi mayat gadis tersebut yang telah dimandikan dan dikapan sempurna. Doasa yang terlalu besar untuk diampunkan. namun kerana keikhlasan dan keinsafannya Allah SWT tetap mengampunkan dosanya dan dan mati dalam keadaan terampun dosanya apabila dia sendiri terkejut kerana Allah masih mengampunkan dosanya. Dan kerana kejutan itu dia lalu rebah dan terus meninggal dunia. Jadi persoalan ini perlu cepat-cepat saya padamkan dan nyahkan dari kotak fikiran saya. Tentunya persoalan ini bukan penyelesai masalah bahkan menimbulkan masalah yang lebih besar. Tentunya ini adalah bisikan syaitan yang sememangnya sudah lama menanti peluang untuk menyuntik jarum keraguan dan telah terlalui ramai yang mati jiwanya kerana suntikan jarum keraguan ini. Saya ingin terus hidup dengan keimanan, saya tidak akan biarkan keraguan ini menguasai dan menyeretku kelembah kehinaan dan kenistaan. Kelembah kekufuran yang gelap dan penuh keraguan yang pernah saya tinggalkan dulu. Telah banyak air mata yang telah saya alirkan untuk menangisi fasa yang telah berjaya saya tinggalkan itu. Jadi itu bukan penyelesaiannya untuk mengisi segala kekosongan yang sedang saya rasai ini.


Mungkin ini sememangnya ujian dari Allah SWT untuk menguji benar atau tidaknya keyakinan kita padaNya dan pada hari pertemuan dengannya. Kalau ini benar-benar ujian dari Allah, yang perlu saya lakukan sekarang ini ialah terus bermunajat dan memohon kekuatanNya. Ya......semua orang akan diuji. Cuma mungkin ujian ini agak ganjil, namun ianya tetap ujian dan sekiranya saya berjaya maka saya tentunya akan lebih hampir kepadaNya. Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa orang yang paling dahsyat yang menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang ytang mengikuti mereka. Jadi kalau saya ingin tetap berada di atas jalan kebenaran dan mengikut jalan pengikut para nabi maka ujian ini adalah satu kemestian. Mungkin ini yang perlu saya fikirkan. Kalau saya salah saya tidak akan rugi apa-apa tetapi jika betul sudah tentu fasa ini akan membuka jalan untuk saya lebih hampir kepada Allah. Dan sebaik saja yang fikirkan perkara ini saya mula merasakan sedikit kekuatn menyerap masuk ke dalam jiwa saya. sekurangnya saya tidak lagi meragui sifat kasih sayang Allah dan pengampunannya yang menjadi syarat penyempurnaan Iman.
Alhamdulillah :) XOXO...


x

Tuesday, 12 May 2015

Brunei : Kaunseling Harta - WASIAT


sebelum ini saya pernah menerangkan mengenai apa itu harta pusaka, salah satu cara untuk menguruskan harta pusaka adalah dengan berwasiat. 





ibu dihalau oleh anak sendiri kerana harta


waris merana kerana pembahagian harta pusaka belum selesai....

Tahukah anda bahawa selepas anda meninggal, semua harta dan aset anda akan dibekukan selagi pengurusan harta pusaka belum selesai. Pernahkah anda terfikir apa akan terjadi dengan anak-anak anda yang masih bersekolah? bagaimana jika ketika itu anak-anak perlukan duit untuk perubatan mereka? bagaimana mereka ingin menjalankan kehidupan harian mereka mereka?? 

mengapa saya berkata begitu? kerana ramai orang Islam mengambil ringan isu wasiat.

Wasiat??? wasiat bukan untuk orang kaya sahaja kah? bukan wasiat untuk serah harta saja kah? orang yang tak ada harta macam kami buat apa nak buat wasiat. saya ingin mengatakan bahawa pendapat anda semua adalah SALAH... tahukah anda semua bahawa Islam menggalakkan wasiat? fahamkah anda semua apa itu wasiat yang sebenarnya?

tahukah anda semua bahawa tanpa wasiat boleh mendatangkan akibat yang buruk pada waris yang lain? tahukah anda bahawa wasiat ini adalah sesuatu yang sangat penting kerana KEMATIAN AKAN DATANG PADA BILA-BILA MASA. 

wahhh...garangnya saya...hahaha..tak la...nak berkongsi sahaja... :)

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud :-

"kamu diwajibkan, apabila seorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa."


sekarang saya ingin menerangkan mengenai apa sebenarnya wasiat, siapa yang perlu buat wasiat?

ramai diantara kita yang bingung apabila membicarakan soal wasiat. mengikut undang-undang Islam, wasiat diperlukan untuk memudahkan proses pengurusan harta. ini bertujuan mengelakkan pertelingkahan selepas kematian pemilik harta.

sejak dulu lagi ramai orang yang keliru dengan fungsi wasiat. adakah wasiat merupakan sebuah dokumen yang menerangkan kaedah pembahagian harta atau ia hanya merupakan satu arahan kepada penerima?

dari segi istilah, perkataan wasiat adalah pemberian sesuatu hak yang disandarkan atau dikaitkan kepada sesudah mati, maka ia disebut wasiat.

wasiat adalah kaedah terbaik merancang harta pusaka. malah agama Islam sendiri menggalakkan umatnya membuat wasiat. jadi walau apapun kaedah dan tujuan wasiat, jelas wasiat dibenarkan syarak, dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta. jadi, ruang yang terbuka luas ini sebaik-baiknya dapat dimanfaatkan oleh orang Islam dalam merancang harta pusaka. 

kelebihan wasiat adalah harta pusaka dapat diberi ataupun dibahagikan kepada pihak lain yang bukan ahli waris. selain itu wasiat memberi kemudahan kepada pemilik harta yang kaya, yang perlu mengatur harta melimpah ruah bagi dibahagikan kepada bakal penerima harta. ia memberi kemudahan kerana harta yang banyak itu sukar dibahagikan dan menimbulkan pertelingkahan sesama waris sekiranya dibahagikan mengikut faraid. 

wasiat bukan sahaja untuk harta, tetapi untuk mewasiatkan untuk bayarkan hutang, fidyah, zakat dan sebagainya. selain itu juga boleh mewasiatkan siapa yang menjaga anak, wasiat untuk seseorang itu berubah, wasiat untuk nasihat, memberi makan kucing dan sebagainya asalkan perkara tersebut tidak melanggar hukum syarak. 

JADI BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGATAKAN WASIAT HANYA PERLU UNTUK ORANG KAYA?





- mahukah anda melihat harta yang anda kumpul selama hidup diuruskan oleh undang-undang?

- mahukah anda melihat waris anda merana...terumbang ambing tanpa duit perbelanjaan sehingga        urusan pembahagian harta pusaka selesai? 

- mahukah anda melihat anak anda yang masih kecil hisup sendiri jika anda dan pasangan meninggal?

- mahukah anda melihat waris anda bergaduh sehingga berbunuhan kerana harta anda?

ingin saya jelaskan bahawa dibrunei terdapat beberapa kes pembahagian harta pusaka yang melibatkan pergaduhan antara ibu dan anak kandung sendiri disebabkan harta si mati. seorang anak sanggup menderhaka kepada ibu hanya kerana harta.

semua pilihan ditangan anda...macam iklan pulak..hahahah

jadi apa kata anda? adakah wasiat itu penting atau tidak? 

saya akan menjelaskan lagi mengenai Hibah pula pada penulisan saya akan datang k. Hibah juga tidak kurang pentingnya lagi-lagi yang ada anak perempuan sahaja....

PS : WASIAT ORANG ISLAM HANYA BOLEH DIBUAT OLEH PEGUAM SYARIE SAHAJA, PEGUAM SIVIL TIDAK MEMPUNYAI BIDANGKUASA UNTUK MEMBUAT WASIAT UNTUK ORANG ISLAM.



jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lenih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms ataupun whatsapp saya di No. +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com

Assalamualaikum... xoxo..