HUKUM TALAK ada 5 iaitu :-
1. HARAM
ulama telah menggariskan bahawa adalah haram bagi suami menceraikan isteri dalam keadaa
berikut :-
a. selepas disetubuhi isteri dalam keadaan haid dan tanpa sebab;
b. dalam keadaan suci dan disetubihinya sebelum nyata mengandung;
c. suami mempunyai beberapa orang isteri kemudian memberikan hak-hak mereka tetapi ia
menceraikan salah seorang daripadanya sebelum sempat memberi hak tersebut.
d. suami dalam keadaan sakit yang boleh membawa kematian (marad al-mawt) lalu ia
menceraikannya dengan niat mengahalang isteri mendapat harta warisan.
2. MAKRUH
seorang suami makruh menceraikan isterinya yang baik budi pekertinya, taat kepada agama dan
tidak melakukan apa-apa kesalahan. demikian juga halnya apabila suami menceraikan isteri
dengan tiada hajat atau sebab munasabah.
3. WAJIB
perceraian ada kalanya boleh menjadi wajib seperti perceraian yang dijatuhkan oleh hakam dalam
perselisihan suami isteri yang tidak dapat didamaikan lagi. mereka bersetuju bahawa perceraian
adalah jalan yang paling baik bagi menyelesaikan perbalahan mereka atau suami mengetahui
bahawa dirinya tidak berkemampuan untuk meneruskan perkahwinan kerana tidak mampu
memberi nafkah dan lain-lain lagi.
4. SUNAT
suami sunat menceraikan isterinya yang mempunyai kelakuan buruk, ditakuti berlaku darar dan
tidak taat kepada perintah agama serta tidak menjaga kesopanan dirinya seperti tidak melakukan
sembahyang, sunat juga suami menceraikan isteri jika perbuatan suami boleh mendatangkan
kemudaratan kepada isteri seperti pemarah dan lainnya. begitu juga jika suami tidak mampu
memberikan hak-hak isteri dalam perkahwinan.
5. HARUS
harus bagi seorang suami menceraikan isterinya apabila tidak ada lagi perasaan kasih sayang
antara suami isteri atau si isteri tidak dapat lagi menyenangkan hati suami. oleh yang demikian
jika diamati ada 5 hukum mengenai perceraian yang telah dibincangkan oleh ulama. pembahagian
ini telah dibuat dengan mengambil kira sebab yang pelbagai. walau bagaimanapun perceraian
hanya dianggap sah apabila menepati syarat-syaratnya.
SYARAT SAH TALAK
1. hendaklah lafaz cerai berlaku semasa masih dalam tempoh perkahwinan
2. suami mestilah seorang mukalaf, berakal, dan baligh
3. perceraian hendaklah dilafazkan dengan pilihan sendiri dan sukarela.
LAFAZ TALAK
1. lafaz yang tegas dan jelas (sarih)
contoh : "awak kena talak", "saya ceraikan awak" "awak ditalak" "saya ceraikan isteri saya"
2. lafaz yang tidak tegas dan tidak jelas iaitu sindiran (kinayah)
contoh : "pergilah ke keluarga awak" "keluarlah" "bebaslah"
setiap lafaz yang dilafazkan oleh suami mestilah dengan niat menceraikan isteri. jika tidak beserta niat, maka tidak jatuh talak.
baiklah... sampai disini dahulu penerangan mengenai perceraian secara talak. tapi penerangan ini belum selesai lagi, pada tulisan akan datang saya akan jelaskan mengenai perceraian talak melalui media elektronik sperti sms, whatsapp, email dan sebagainya. tunggu tulisan saya seterusnya ok..
jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lebih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms ataupun whatsapp saya di no +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com.
Assalamualaikum semua...xoxo
No comments:
Post a Comment