berdasarkan gambar diatas saya yakin bahawa pembaca memahami apa yang cuba saya sampaikan.
sebelum itu saya ingin bertanya apa maksud media elektronik? haaa, sapa dapat jawab saya bagi gula-gula..hahaha...tak mengapa, biar saya sendiri yang jawab..
Media elektronik adalah merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, komputer, telefon dan lain-lain.
yang jelasnya pada zaman gadget ini semua orang menggunakan media elektronik terutamanya handphone, ipad, mac book, notebook, dan sebagainya. malahan untuk membeli barang pun boleh beli secara online, tup tup sampai barang depan rumah...
tapi sekarang ini saya tidak mahu mengulas panjang mengenai jual beli barang secara online tapi saya akan focuskan pada isu perceraian melalui media elektronik.
RUKUN-RUKUN TALAK
a) suami yang menceraikan
b) isteri yang diceraikan
c) lafaz yang digunakan (sighah)
d) kuasa talak
e) ada kesengajaan atau qasad untuk menceraikan isteri
BENTUK-BENTUK PERCERAIAN
seperti yang telah dijelaskan pada artikel yang lalu bahawa bentuk-bentuk perceraian ada 2 iaitu secara terang dan kiasan (kinayah).
perceraian secara sarihah ini menghendaki suami menceraikan isterinya dengan lafaz yang jelas difaham bahawa suami telah mentalakkan isterinya
manakala lafaz kinayah ialah apa-apa tindakan suami samada berbentuk lafaz, perbuatan, dokumen dan sebagainya termasuk kemudahan teknologi maklumat seperti email dan sistem pesanan ringkas yang mungkin membawa maksud talak atau sebaliknya. perceraian jenis ini kurang jelas dalam dua rukun iaitu sighah yang digunakan beserta niat atau qasad oleh suami semasa perbuatan berkenaan dilakukan.
dalam keadaan sebegini hakim hendaklah memanggil suami berkenaan bagi mempastikan lafaz yang diucapkan itu bermaksud talak. begitu juga tindakan lain (melalui surat, telefon dan email) dilakukan oleh suami beserta niat dan qasad.
KEPERLUAN SAKSI DALAM TALAK
walaupun keperluan dua orang saksi ini bukan merupakan rukun yang wajib dilaksanakan menurut jumhur ulama, namun Ibn Habban menegaskan bahawa keperluan dua orang saksi ini adalah wajib. beliau mentafsirkan perkataan famsikuhunna dan fariquhunna (at-talaq :2) masing-masing sebagai rujuk dan talak dan memerlukan dua orang saksi. dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah di mana 'Imran bin Husayn ditanya mengenai seorang lelaki yang mentalakkan isterinya tanpa saksi. beliau berkata bahawa 'perceraian kamu itu tidak berdasarkan sunnah'. oleh yang demikian dapatlah difahamkan jika salah satu rukun nikah itu memerlukan dua orang saksi, maka perkara yang sama diperlukan dalam rukun talak.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-59 yang bersidang pada 27 Ogos 2003 telah membincangkan Perceraian melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Muzakarah memutuskan bahawa :-
a) talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti
melalui faksimili, SMS, email dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah
sekiranya disertai dengan niat.
b) semua perceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah Syariah untuk mwnsabitkan talak tersebut.
c) talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang tidak
menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak,
KESIMPULAN
secara keseluruhannya ingin dinyatakan bahawa perceraian melalui sms, whatsapp, facebook, faks, email dan sebagainya adalah SAH jika disertakan dengan niat menceraikan isteri. oleh itu selepas melafazkan cerai melalui media elektronik ni, suami dan isteri mesti pergi ke Mahkamah Syariah bagi membuat pengesahan lafaz cerai dan Hakim pada kebiasaannya akan bertanya kepada si suami adalah lafaz tersebut dibuat dengan niat menceraikan isteri. jika si suami kata YA, maka sah la lafaz talak tersebut.
pesanan saya, walau apapun teknologi yang kita ada sekarang ni, jangan la menggunakannya untuk perkara-perkara sebegini kerana ianya sangat tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan, ingat semula semasa kamu ingin menikahi isteri kamu, kamu mengambilnya dari keluarganya dengan cara baik, maka lepaskan isterimu dengan baik juga.
sampai sini sahaja penerangan saya mengenai Perceraian secara lafaz talak. pada penulisan seterusnya saya akan menerangkan lagi mengenai perceraian secara syiqaq...
jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lebih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms ataupun whatsapp saya di no +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com.
Assalamualaikum semua...xoxo
No comments:
Post a Comment