Tuesday, 12 May 2015

Brunei : Kaunseling Harta - WASIAT


sebelum ini saya pernah menerangkan mengenai apa itu harta pusaka, salah satu cara untuk menguruskan harta pusaka adalah dengan berwasiat. 





ibu dihalau oleh anak sendiri kerana harta


waris merana kerana pembahagian harta pusaka belum selesai....

Tahukah anda bahawa selepas anda meninggal, semua harta dan aset anda akan dibekukan selagi pengurusan harta pusaka belum selesai. Pernahkah anda terfikir apa akan terjadi dengan anak-anak anda yang masih bersekolah? bagaimana jika ketika itu anak-anak perlukan duit untuk perubatan mereka? bagaimana mereka ingin menjalankan kehidupan harian mereka mereka?? 

mengapa saya berkata begitu? kerana ramai orang Islam mengambil ringan isu wasiat.

Wasiat??? wasiat bukan untuk orang kaya sahaja kah? bukan wasiat untuk serah harta saja kah? orang yang tak ada harta macam kami buat apa nak buat wasiat. saya ingin mengatakan bahawa pendapat anda semua adalah SALAH... tahukah anda semua bahawa Islam menggalakkan wasiat? fahamkah anda semua apa itu wasiat yang sebenarnya?

tahukah anda semua bahawa tanpa wasiat boleh mendatangkan akibat yang buruk pada waris yang lain? tahukah anda bahawa wasiat ini adalah sesuatu yang sangat penting kerana KEMATIAN AKAN DATANG PADA BILA-BILA MASA. 

wahhh...garangnya saya...hahaha..tak la...nak berkongsi sahaja... :)

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud :-

"kamu diwajibkan, apabila seorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa."


sekarang saya ingin menerangkan mengenai apa sebenarnya wasiat, siapa yang perlu buat wasiat?

ramai diantara kita yang bingung apabila membicarakan soal wasiat. mengikut undang-undang Islam, wasiat diperlukan untuk memudahkan proses pengurusan harta. ini bertujuan mengelakkan pertelingkahan selepas kematian pemilik harta.

sejak dulu lagi ramai orang yang keliru dengan fungsi wasiat. adakah wasiat merupakan sebuah dokumen yang menerangkan kaedah pembahagian harta atau ia hanya merupakan satu arahan kepada penerima?

dari segi istilah, perkataan wasiat adalah pemberian sesuatu hak yang disandarkan atau dikaitkan kepada sesudah mati, maka ia disebut wasiat.

wasiat adalah kaedah terbaik merancang harta pusaka. malah agama Islam sendiri menggalakkan umatnya membuat wasiat. jadi walau apapun kaedah dan tujuan wasiat, jelas wasiat dibenarkan syarak, dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta. jadi, ruang yang terbuka luas ini sebaik-baiknya dapat dimanfaatkan oleh orang Islam dalam merancang harta pusaka. 

kelebihan wasiat adalah harta pusaka dapat diberi ataupun dibahagikan kepada pihak lain yang bukan ahli waris. selain itu wasiat memberi kemudahan kepada pemilik harta yang kaya, yang perlu mengatur harta melimpah ruah bagi dibahagikan kepada bakal penerima harta. ia memberi kemudahan kerana harta yang banyak itu sukar dibahagikan dan menimbulkan pertelingkahan sesama waris sekiranya dibahagikan mengikut faraid. 

wasiat bukan sahaja untuk harta, tetapi untuk mewasiatkan untuk bayarkan hutang, fidyah, zakat dan sebagainya. selain itu juga boleh mewasiatkan siapa yang menjaga anak, wasiat untuk seseorang itu berubah, wasiat untuk nasihat, memberi makan kucing dan sebagainya asalkan perkara tersebut tidak melanggar hukum syarak. 

JADI BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGATAKAN WASIAT HANYA PERLU UNTUK ORANG KAYA?





- mahukah anda melihat harta yang anda kumpul selama hidup diuruskan oleh undang-undang?

- mahukah anda melihat waris anda merana...terumbang ambing tanpa duit perbelanjaan sehingga        urusan pembahagian harta pusaka selesai? 

- mahukah anda melihat anak anda yang masih kecil hisup sendiri jika anda dan pasangan meninggal?

- mahukah anda melihat waris anda bergaduh sehingga berbunuhan kerana harta anda?

ingin saya jelaskan bahawa dibrunei terdapat beberapa kes pembahagian harta pusaka yang melibatkan pergaduhan antara ibu dan anak kandung sendiri disebabkan harta si mati. seorang anak sanggup menderhaka kepada ibu hanya kerana harta.

semua pilihan ditangan anda...macam iklan pulak..hahahah

jadi apa kata anda? adakah wasiat itu penting atau tidak? 

saya akan menjelaskan lagi mengenai Hibah pula pada penulisan saya akan datang k. Hibah juga tidak kurang pentingnya lagi-lagi yang ada anak perempuan sahaja....

PS : WASIAT ORANG ISLAM HANYA BOLEH DIBUAT OLEH PEGUAM SYARIE SAHAJA, PEGUAM SIVIL TIDAK MEMPUNYAI BIDANGKUASA UNTUK MEMBUAT WASIAT UNTUK ORANG ISLAM.



jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lenih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms ataupun whatsapp saya di No. +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com

Assalamualaikum... xoxo..

No comments:

Post a Comment