Wednesday, 6 May 2015

BRUNEI - kaunseling rumahtangga : APA ITU HARTA SEPENCARIAN ????

Ramai tidak mengetahui mengenai harta sepencarian... apa itu harta sepencarian dalam rumahtangga? Mari kita bincangkan...



Perkahwinan boleh dianggap sebagai satu usaha sama antara suami dan isteri. Namun, ada rumahtangga yang dibina bermasalah dan tidak berpanjangan. Masalah ini boleh timbul daripada pelbagai punca sama ada disebabkan faktor keadaan atau kesesuaian dalam menyempurnakan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Walaupun perkahwinan tersebut putus di tengah jalan, Islam sebagai agama yang adil telah menetapkan hak-hak yang wajib dituntut atau diterima bagi mengimbangi kehidupan hamba-hambanya. Hak-hak yang dimaksudkan khususnya selepas sesuatu penceraian adalah seperti harta sepencarian, nafkah iddah isteri, mutaah, nafkah anak-anak, hak penjagaan anak dan lain-lain.


Isu mengenai harta isteri dan harta suami masih lagi tidak jelas kedudukannya lebih-lebih lagi dalam hal pembahagian harta sepencarian. Secara amnya, harta sepencarian pada asalnya diambil daripada adat resam Melayu yang telah diterimapakai oleh masyarakat setempat. Penerimaan adat resam ini menurut perspektif Islam menyatakan bahawa apabila sesuatu adat atau uruf diakui kebaikannya dan telah diberi pengiktirafan undang-undang, kedudukannya tidak lagi sebagai adat, tetapi telah menjadi suatu peraturan atau perundangan yang mesti diikuti dan dikuatkuasakan.

ehh, banyak cakap pulak..haha...baiklah..kita teruskan dengan apa itu harta sepencarian.

Asas Pemilikan harta secara umumnya adalah seperti yang disebut dalam Al-Quran dalam Surah An-Nisa ayat 32 yang bermaksud :


bahawa bagi lelaki memperoleh bahagian di atas apa yang diusahakannya dan bagi perempuan juga ada memperoleh bahagian di atas apa yang diusahakannya sendiri.

harta sepencarian adalah harta alih atau tidak alih yang diperolehi dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya, hasil dari umber-sumber atau usaha mereka bersama. Bagi harta yang diperolehi sebelum perkahwinan atau melalui pembahagian harta pusaka ianya tidak dikira sebagai harta sepencarian. sebaliknya pemiliknya berhak sepenuhnya ke atas harta tersebut. walau bagaimanapun, sekiranya harta tersebut dikerjakan bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan dan hasilnya telah meningkatkan nilai harta tersebut, pihak yang satu lagi boleh menuntut 'upah' sekiranya terjadi perceraian. jika isteri menolong mengusahakan tanah tersebut, dia berhak kepada 1/2 harta itu. dalam jkeadaan lain, dia berhak kepada 1/3 sahaja.

(WALAUPUN 1/3 STILL DAPAT KAN WAHAI PARA ISTERI..TU YANG PERLU DITUNTUT TU..KALAU TAK RUGI....HEHEHE)
         
Masalah tentang harta sepencarian hanya timbul setelah berlakunya perceraian, sama ada perceraian yang diakibatkan oleh kematian atau perceraian hidup, namun begitu, pemilikan hak wujud sepanjang perkahwinan. isu siapa yang bertanggungjawab ke atas perceraian tidak timbul. dari segi undang-undang pembahagian harta depencarian merupakan hukum adat orang-orang melayu yang telah diiktiraf oleh Undang-undang di bawah  bab 60 Akta Undang-Undang Keluarga islam 1999 yang menyatakan :-

60. seseorang perempuan yang telah bercerai dengan suaminya atau seseorang lelaki yang telah bercerai dengan isterinya boleh atas permintaannya di mahkamah mendapatkan perintah terhadap bekas isterinya atau bekas suaminya mengenai pembahagian harta sepencarian.



Tuntutan terhadap harta sepencarian bukanlah dihadkan kepada isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada isteri. Jika diteliti tafsiran ini, ia menunjukkan bahawa harta yang sama-sama diperolehi oleh suami isteri, bukannya harta yang diperolehi oleh isteri sahaja ataupun harta yang diperolehi oleh suami sahaja.

Oleh itu, walaupun harta itu atas nama isteri sahaja, tetapi jika para suami berjaya membuktikan kepada mahkamah bahawa saudara juga ada menyumbang terhadap harta tersebut, maka Mahkamah akan memutuskan bahawa itu adalah harta sepencarian. 


(PARA SUAMI JUGA DAPAT MENUNTUT JUGA TU HARTA SEPENCARIAN DARI SI ISTERI..HEHE)


Merujuk Kitab At-Turuq al-Hukmiyah karya Ibnu Qayyim al-Juziyyah mengatakan, dalam tuntutan suami isteri membabitkan harta sepencarian, tuntutan hendaklah berdasarkan keterangan pihak yang membuktikan tuntutan itu. Kenyataan mengenai hak terhadap harta sepencarian bukan hanya diambilkira berdasarkan nama harta itu didaftarkan semata-mata sedangkan pihak satu lagi mungkin menyumbang cuma namanya tiada dalam daftar hakmilik harta itu.


Namun begitu, Hukum Syarak menetapkan bahawa suami tidak ada hak ke atas harta mutlak isteri, contohnya harta isteri yang diperolehi melalui harta pusaka daripada keluarganya. Selain itu, harta-harta perseorangan yang dibeli sebelum perkahwinan dan harta-harta tersebut tidak diusahakan bersama sepanjang tempoh perkahwinan juga bukan harta sepencarian. Saudara juga perlu memastikan bahawa harta-harta itu adalah harta perolehan bersama dan bukan hadiah atau hibah yang dihadiahkan kepada bekas isteri. Oleh itu, saudara tidak boleh menuntut hadiah yang telah diberikannya kepada bekas isteri sebagai harta sepencarian.


Diharap segala penjelasan dan informasi yang diberi dapat membantu awda semua dalam memahami konsep hak dan pembahagian harta sepencarian. Perlu diberi perhatian bahawa Hukum Syaak dan undang-undang ini bertujuan untuk memelihara kedua-dua hak suami dan isteri. Selanjutnya, pihak kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkara-perkara berkaitan.







jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lebih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms atau pun whatsapp saya di no +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com

ASSALAMUALAIKUM.... xoxo :) 



No comments:

Post a Comment