Wednesday, 28 October 2015

Brunei - Kaunseling Keluarga : perceraian melalui media elektronik

Assalamualaikum semua, sebelum ini saya pernah terangkan mengenai perceraian secara talak. dan sekarang saya akan kongsikan mengenai Perceraian melalui media elektronik dari sudut Fiqh dan Undang-undang.




berdasarkan gambar diatas saya yakin bahawa pembaca memahami apa yang cuba saya sampaikan.

sebelum itu saya ingin bertanya apa maksud media elektronik? haaa, sapa dapat jawab saya bagi gula-gula..hahaha...tak mengapa, biar saya sendiri yang jawab..

Media elektronik adalah merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, komputer, telefon dan lain-lain.

yang jelasnya pada zaman gadget ini semua orang menggunakan media elektronik terutamanya handphone, ipad, mac book, notebook, dan sebagainya. malahan untuk membeli barang pun boleh beli secara online, tup tup sampai barang depan rumah...

tapi sekarang ini saya tidak mahu mengulas panjang mengenai jual beli barang secara online tapi saya akan focuskan pada isu perceraian melalui media elektronik.

RUKUN-RUKUN TALAK

a) suami yang menceraikan
b) isteri yang diceraikan
c) lafaz yang digunakan (sighah)
d) kuasa talak
e) ada kesengajaan atau qasad untuk menceraikan isteri

BENTUK-BENTUK PERCERAIAN

seperti yang telah dijelaskan pada artikel yang lalu bahawa bentuk-bentuk perceraian ada 2 iaitu secara terang dan kiasan (kinayah).

perceraian secara sarihah ini menghendaki suami menceraikan isterinya dengan lafaz yang jelas difaham bahawa suami telah mentalakkan isterinya

manakala lafaz kinayah ialah apa-apa tindakan suami samada berbentuk lafaz, perbuatan, dokumen dan sebagainya termasuk kemudahan teknologi maklumat seperti email dan sistem pesanan ringkas yang mungkin membawa maksud talak atau sebaliknya. perceraian jenis ini kurang jelas dalam dua rukun iaitu sighah yang digunakan beserta niat atau qasad oleh suami semasa perbuatan berkenaan dilakukan.

dalam keadaan sebegini hakim hendaklah memanggil suami berkenaan bagi mempastikan lafaz yang diucapkan itu bermaksud talak. begitu juga tindakan lain (melalui surat, telefon dan email) dilakukan oleh suami beserta niat dan qasad.

KEPERLUAN SAKSI DALAM TALAK

walaupun keperluan dua orang saksi ini bukan merupakan rukun yang wajib dilaksanakan menurut jumhur ulama, namun Ibn Habban menegaskan bahawa keperluan dua orang saksi ini adalah wajib. beliau mentafsirkan perkataan famsikuhunna dan fariquhunna (at-talaq :2) masing-masing sebagai rujuk dan talak dan memerlukan dua orang saksi. dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah di mana 'Imran bin Husayn ditanya mengenai seorang lelaki yang mentalakkan isterinya tanpa saksi. beliau berkata bahawa 'perceraian kamu itu tidak berdasarkan sunnah'. oleh yang demikian dapatlah difahamkan jika salah satu rukun nikah itu memerlukan dua orang saksi, maka perkara yang sama diperlukan dalam rukun talak.


FATWA MENGENAI PERCERAIAN MELALUI SMS
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-59 yang bersidang pada 27 Ogos 2003 telah membincangkan Perceraian melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Muzakarah memutuskan bahawa :-

a)   talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti 
      melalui faksimili, SMS, email dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah 
      sekiranya disertai dengan niat.

b)   semua perceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah Syariah untuk mwnsabitkan talak tersebut.

c)   talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang tidak 
      menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak,

KESIMPULAN

secara keseluruhannya ingin dinyatakan bahawa perceraian melalui sms, whatsapp, facebook, faks, email dan sebagainya adalah SAH jika disertakan dengan niat menceraikan isteri. oleh itu selepas melafazkan cerai melalui media elektronik ni, suami dan isteri mesti pergi ke Mahkamah Syariah bagi membuat pengesahan lafaz cerai dan Hakim pada kebiasaannya akan bertanya kepada si suami adalah lafaz tersebut dibuat dengan niat menceraikan isteri. jika si suami kata YA, maka sah la lafaz talak tersebut.

pesanan saya, walau apapun teknologi yang kita ada sekarang ni, jangan la menggunakannya untuk perkara-perkara sebegini kerana ianya sangat tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan, ingat semula semasa kamu ingin menikahi isteri kamu, kamu mengambilnya dari keluarganya dengan cara baik, maka lepaskan isterimu dengan baik juga. 

sampai sini sahaja penerangan saya mengenai Perceraian secara lafaz talak. pada penulisan seterusnya saya akan menerangkan lagi mengenai perceraian secara syiqaq... 


jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lebih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms ataupun whatsapp saya di no +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com.

Assalamualaikum semua...xoxo

Tuesday, 27 October 2015

Brunei - Kaunseling rumahtangga : Talak

Assalamualaikum, sebelum ini saya pernah menjelaskan mengenai bahagian-bahagian talak, dan sekarang saya akan focuskan satu persatu dan saya mulakan dengan perceraian secara Talak.. semua sedia? cehhh, macam nak berlumba pulak..hahah


perkataan talak berasal dari bahasa Arab yang bererti melepaskan ikatan nikah. talak juga bermaksud membubarkan akad nikah dengan lafaz talak dan yang seumpanya.

HUKUM TALAK ada 5 iaitu :-

1. HARAM
    ulama telah menggariskan bahawa adalah haram bagi suami menceraikan isteri dalam keadaa      
    berikut :-
    a.  selepas disetubuhi isteri dalam keadaan haid dan tanpa sebab;
    b.  dalam keadaan suci dan disetubihinya sebelum nyata mengandung;
    c.  suami mempunyai beberapa orang isteri kemudian memberikan hak-hak mereka tetapi ia
         menceraikan salah seorang daripadanya sebelum sempat memberi hak tersebut.
    d.  suami dalam keadaan sakit yang boleh membawa kematian (marad al-mawt) lalu ia        
         menceraikannya dengan niat mengahalang isteri mendapat harta warisan.

2. MAKRUH
    seorang suami makruh menceraikan isterinya yang baik budi pekertinya, taat kepada agama dan  
    tidak melakukan apa-apa kesalahan. demikian juga halnya apabila suami menceraikan isteri
    dengan tiada hajat atau sebab munasabah.

3. WAJIB
    perceraian ada kalanya boleh menjadi wajib seperti perceraian yang dijatuhkan oleh hakam dalam
    perselisihan suami isteri yang tidak dapat didamaikan lagi. mereka bersetuju bahawa perceraian
    adalah jalan yang paling baik bagi menyelesaikan perbalahan mereka atau suami mengetahui
    bahawa dirinya tidak berkemampuan untuk meneruskan perkahwinan kerana tidak mampu
    memberi nafkah dan lain-lain lagi.

4. SUNAT
    suami sunat menceraikan isterinya yang mempunyai kelakuan buruk, ditakuti berlaku darar dan
    tidak taat kepada perintah agama serta tidak menjaga kesopanan dirinya seperti tidak melakukan
    sembahyang, sunat juga suami menceraikan isteri jika perbuatan suami boleh mendatangkan
    kemudaratan kepada isteri seperti pemarah dan lainnya. begitu juga jika suami tidak mampu
    memberikan hak-hak isteri dalam perkahwinan.

5. HARUS
    harus bagi seorang suami menceraikan isterinya apabila tidak ada lagi perasaan kasih sayang    
    antara suami isteri atau si isteri tidak dapat lagi menyenangkan hati suami. oleh yang demikian    
    jika diamati ada 5 hukum mengenai perceraian yang telah dibincangkan oleh ulama. pembahagian
    ini telah dibuat dengan mengambil kira sebab yang pelbagai. walau bagaimanapun perceraian
    hanya dianggap sah apabila menepati syarat-syaratnya.

SYARAT SAH TALAK

1.  hendaklah lafaz cerai berlaku semasa masih dalam tempoh perkahwinan
2.  suami mestilah seorang mukalaf, berakal, dan baligh
3.  perceraian hendaklah dilafazkan dengan pilihan sendiri dan sukarela.

LAFAZ TALAK

1.  lafaz yang tegas dan jelas (sarih)
     contoh : "awak kena talak", "saya ceraikan awak" "awak ditalak" "saya ceraikan isteri saya"

2.  lafaz yang tidak tegas dan tidak jelas iaitu sindiran (kinayah)
     contoh : "pergilah ke keluarga awak" "keluarlah" "bebaslah"

setiap lafaz yang dilafazkan oleh suami mestilah dengan niat menceraikan isteri. jika tidak beserta niat, maka tidak jatuh talak.

baiklah... sampai disini dahulu penerangan mengenai perceraian secara talak. tapi penerangan ini belum selesai lagi, pada tulisan akan datang saya akan jelaskan mengenai perceraian talak melalui media elektronik sperti sms, whatsapp, email dan sebagainya. tunggu tulisan saya seterusnya ok..



jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lebih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms ataupun whatsapp saya di no +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com.

Assalamualaikum semua...xoxo