Tuesday, 12 May 2015

Brunei : Kaunseling Harta - WASIAT


sebelum ini saya pernah menerangkan mengenai apa itu harta pusaka, salah satu cara untuk menguruskan harta pusaka adalah dengan berwasiat. 





ibu dihalau oleh anak sendiri kerana harta


waris merana kerana pembahagian harta pusaka belum selesai....

Tahukah anda bahawa selepas anda meninggal, semua harta dan aset anda akan dibekukan selagi pengurusan harta pusaka belum selesai. Pernahkah anda terfikir apa akan terjadi dengan anak-anak anda yang masih bersekolah? bagaimana jika ketika itu anak-anak perlukan duit untuk perubatan mereka? bagaimana mereka ingin menjalankan kehidupan harian mereka mereka?? 

mengapa saya berkata begitu? kerana ramai orang Islam mengambil ringan isu wasiat.

Wasiat??? wasiat bukan untuk orang kaya sahaja kah? bukan wasiat untuk serah harta saja kah? orang yang tak ada harta macam kami buat apa nak buat wasiat. saya ingin mengatakan bahawa pendapat anda semua adalah SALAH... tahukah anda semua bahawa Islam menggalakkan wasiat? fahamkah anda semua apa itu wasiat yang sebenarnya?

tahukah anda semua bahawa tanpa wasiat boleh mendatangkan akibat yang buruk pada waris yang lain? tahukah anda bahawa wasiat ini adalah sesuatu yang sangat penting kerana KEMATIAN AKAN DATANG PADA BILA-BILA MASA. 

wahhh...garangnya saya...hahaha..tak la...nak berkongsi sahaja... :)

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud :-

"kamu diwajibkan, apabila seorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa."


sekarang saya ingin menerangkan mengenai apa sebenarnya wasiat, siapa yang perlu buat wasiat?

ramai diantara kita yang bingung apabila membicarakan soal wasiat. mengikut undang-undang Islam, wasiat diperlukan untuk memudahkan proses pengurusan harta. ini bertujuan mengelakkan pertelingkahan selepas kematian pemilik harta.

sejak dulu lagi ramai orang yang keliru dengan fungsi wasiat. adakah wasiat merupakan sebuah dokumen yang menerangkan kaedah pembahagian harta atau ia hanya merupakan satu arahan kepada penerima?

dari segi istilah, perkataan wasiat adalah pemberian sesuatu hak yang disandarkan atau dikaitkan kepada sesudah mati, maka ia disebut wasiat.

wasiat adalah kaedah terbaik merancang harta pusaka. malah agama Islam sendiri menggalakkan umatnya membuat wasiat. jadi walau apapun kaedah dan tujuan wasiat, jelas wasiat dibenarkan syarak, dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta. jadi, ruang yang terbuka luas ini sebaik-baiknya dapat dimanfaatkan oleh orang Islam dalam merancang harta pusaka. 

kelebihan wasiat adalah harta pusaka dapat diberi ataupun dibahagikan kepada pihak lain yang bukan ahli waris. selain itu wasiat memberi kemudahan kepada pemilik harta yang kaya, yang perlu mengatur harta melimpah ruah bagi dibahagikan kepada bakal penerima harta. ia memberi kemudahan kerana harta yang banyak itu sukar dibahagikan dan menimbulkan pertelingkahan sesama waris sekiranya dibahagikan mengikut faraid. 

wasiat bukan sahaja untuk harta, tetapi untuk mewasiatkan untuk bayarkan hutang, fidyah, zakat dan sebagainya. selain itu juga boleh mewasiatkan siapa yang menjaga anak, wasiat untuk seseorang itu berubah, wasiat untuk nasihat, memberi makan kucing dan sebagainya asalkan perkara tersebut tidak melanggar hukum syarak. 

JADI BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGATAKAN WASIAT HANYA PERLU UNTUK ORANG KAYA?





- mahukah anda melihat harta yang anda kumpul selama hidup diuruskan oleh undang-undang?

- mahukah anda melihat waris anda merana...terumbang ambing tanpa duit perbelanjaan sehingga        urusan pembahagian harta pusaka selesai? 

- mahukah anda melihat anak anda yang masih kecil hisup sendiri jika anda dan pasangan meninggal?

- mahukah anda melihat waris anda bergaduh sehingga berbunuhan kerana harta anda?

ingin saya jelaskan bahawa dibrunei terdapat beberapa kes pembahagian harta pusaka yang melibatkan pergaduhan antara ibu dan anak kandung sendiri disebabkan harta si mati. seorang anak sanggup menderhaka kepada ibu hanya kerana harta.

semua pilihan ditangan anda...macam iklan pulak..hahahah

jadi apa kata anda? adakah wasiat itu penting atau tidak? 

saya akan menjelaskan lagi mengenai Hibah pula pada penulisan saya akan datang k. Hibah juga tidak kurang pentingnya lagi-lagi yang ada anak perempuan sahaja....

PS : WASIAT ORANG ISLAM HANYA BOLEH DIBUAT OLEH PEGUAM SYARIE SAHAJA, PEGUAM SIVIL TIDAK MEMPUNYAI BIDANGKUASA UNTUK MEMBUAT WASIAT UNTUK ORANG ISLAM.



jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lenih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms ataupun whatsapp saya di No. +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com

Assalamualaikum... xoxo..

Wednesday, 6 May 2015

BRUNEI : KAUNSELING HARTA - PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

ramai manusia hanya mengejar harta semasa hidup mereka, tetapi mereka lupa bahawa harta yang banyak yang selama ini mereka kejar jika tidak diuruskan dengan betul akan mendatangkan mudarat kepada ahli keluarga lain selepas kematian mereka. adik beradik boleh bergaduh..anak dan ibu boleh putus hubungan, saudara saling berbunuhan. adakah itu yang diinginkan oleh kita? Silaturahim yang erat boleh renggang hanya kerana harta.



tak nak banyak cakap sangat... nanti boring pulak..hehehehe

ramai tidak faham mengenai harta pusaka ini, disini saya ingin menerangkan serba sikit mengenai harta pusaka ok...

yang dikatakan pusaka itu adalah :-

-harta daripada barang-barang dan benda;
- hak (seperti hak khiar; had tuduhan); atau
- ketentutan atau ikhtisas
- yang ditinggalkan oleh si-mati.


PERANCANGAN HARTA PUSAKA

 

perancangan harta pusaka bermaksud sebarang usaha dan rancangan persediaan yang perlu  dan wajar dilakukan bagi membahagi dan mengagihkan harta-harta yang dimiliki oleh si pemilik harta kepada waris-waris ataupun bakal penerima harta yang lain, apabila si pemilik harta itu meninggal. perancangan pembahagian ini dilakukan semasa pemilik harta itu masih hidup. perancangan harta pusaka perlu mempertimbangkan unsur-unsur berikut :-

1. jenis harta-harta yang dibahagikanm sama ada harta alih ataupun harta tidak alih (merangkumi           lokasi, jenis penggunaan, saiz ataupun keluasan, dan nilaian).
2. kepada siapa harta-harta itu wajar diberi atau pun dibahagikan.
3. penentuan bahagian atau syer yang perlu dibahagikan.
4. kepatuhan pihak-pihak yang menerima ataupun tidak menerima bahagian pada segala syarat0syarat     dan janji yang termaktub dalam perancangan.
5. memberi keutamaan kepada pembayaran balik hutang.
6. melihat keperluan bagi melantik wasi atau pemegang amanah

manakala segala perancangan perlu mempertimbangkan nilai-nilai berikut :-

1. kebahagian dan keharmonian pihak-pihak yang bakal menerima harta terutamanya waris-waris.
2. bertunjangkan keadilan
3. bagi pemilik yang beragama Islam, pertimbangan perlu berlunaskan syariat Islam.
4. mengenepikan pertelingkahan dan persengketaan antara bakal penerima harta, terutama waris-             waris.


KEBAIKAN MERANCANG HARTA PUSAKA

kebaikan merancang harta pusaka bagi faedah waris-waris dan bakal penerima harta adalah jelas. waris-waris menerima harta dengan hati terbuka daripada pembahagian harta pusaka yang terancang. tiada sebarang rasa tidak puas hati, syak wasangka dan rungutan keterlaluan antara waris-waris. ini dapat mengelakkan pergaduhan dan persekengtaan sesama waris.

kebaikan seterusnya adalah waris-waris dengan secepat mungkin dapat menggunakan ataupun memanfaatkan harta-harta yang ditinggalkan oleh si mati. ini kerana, proses pembahagian harta pusaka yang perlu melalui beberapa proses undang-undang mudah dilaksanakan dan mengambil masa yang singkat.

selain itu juga kerajaan atau negara sendiri mendapat manfaat sekiranya harta pusaka dirancang dengan baik. kegiatan perniagaan dan ekonomi berkembang, keharmonian sosial terjalin dan sebagainya.

KESAN TIDAK MERANCANG HARTA PUSAKA

bayangkan bagaimana apabila harta pusaka tidak dirancang? kesedaran merancang harta pusaka di kalangan kita kurang, apa lagi membuat wasiat. malah kebanyakan pemilik harta semasa hidupnya tidak pernah menyatakan apa-apa secara lisan, walau sepatah dua kata, bagaimana harta mereka sebaik-baiknya dibahagikan kepada waris. waris terkapai-kapai di ruang perbicaraan.

tanpa perancangan, wujud kecenderungan berlaku implikasi yang kurang baik. pihak yang lebih memahami prosedur pentadbiran akan undang-undang cuba mengeksploitasi keadaan.

kadang-kadang bagi mengelakkan pergaduhan, waris-waris cenderung terus membuat keputusan dalam masa yang singkat di kamar perbicaraan dengan keputusan pembahagian yang tidak munasabah. misalnya tanah seluas 1 ekar dibahagikan kepada semua waris seramai 10 orang.

secara umumnya, mengabaikan perancangan harta pusaka mengakibatkan kelewatan dalam tuntutan. kelewatan dalam tuntutan merencatkan pembangunan insan, sosial dan ekonomi negara.


itulah serba sedikit mengenai harta pusaka. sekejap...ini baru bahagian pertama, saya akan update bahagian seterusnya tidak lama lagi okay...


jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lenih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms ataupun whatsapp saya di No. +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com


Assalamualaikum... xoxo..

BRUNEI - kaunseling rumahtangga : APA ITU HARTA SEPENCARIAN ????

Ramai tidak mengetahui mengenai harta sepencarian... apa itu harta sepencarian dalam rumahtangga? Mari kita bincangkan...



Perkahwinan boleh dianggap sebagai satu usaha sama antara suami dan isteri. Namun, ada rumahtangga yang dibina bermasalah dan tidak berpanjangan. Masalah ini boleh timbul daripada pelbagai punca sama ada disebabkan faktor keadaan atau kesesuaian dalam menyempurnakan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Walaupun perkahwinan tersebut putus di tengah jalan, Islam sebagai agama yang adil telah menetapkan hak-hak yang wajib dituntut atau diterima bagi mengimbangi kehidupan hamba-hambanya. Hak-hak yang dimaksudkan khususnya selepas sesuatu penceraian adalah seperti harta sepencarian, nafkah iddah isteri, mutaah, nafkah anak-anak, hak penjagaan anak dan lain-lain.


Isu mengenai harta isteri dan harta suami masih lagi tidak jelas kedudukannya lebih-lebih lagi dalam hal pembahagian harta sepencarian. Secara amnya, harta sepencarian pada asalnya diambil daripada adat resam Melayu yang telah diterimapakai oleh masyarakat setempat. Penerimaan adat resam ini menurut perspektif Islam menyatakan bahawa apabila sesuatu adat atau uruf diakui kebaikannya dan telah diberi pengiktirafan undang-undang, kedudukannya tidak lagi sebagai adat, tetapi telah menjadi suatu peraturan atau perundangan yang mesti diikuti dan dikuatkuasakan.

ehh, banyak cakap pulak..haha...baiklah..kita teruskan dengan apa itu harta sepencarian.

Asas Pemilikan harta secara umumnya adalah seperti yang disebut dalam Al-Quran dalam Surah An-Nisa ayat 32 yang bermaksud :


bahawa bagi lelaki memperoleh bahagian di atas apa yang diusahakannya dan bagi perempuan juga ada memperoleh bahagian di atas apa yang diusahakannya sendiri.

harta sepencarian adalah harta alih atau tidak alih yang diperolehi dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya, hasil dari umber-sumber atau usaha mereka bersama. Bagi harta yang diperolehi sebelum perkahwinan atau melalui pembahagian harta pusaka ianya tidak dikira sebagai harta sepencarian. sebaliknya pemiliknya berhak sepenuhnya ke atas harta tersebut. walau bagaimanapun, sekiranya harta tersebut dikerjakan bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan dan hasilnya telah meningkatkan nilai harta tersebut, pihak yang satu lagi boleh menuntut 'upah' sekiranya terjadi perceraian. jika isteri menolong mengusahakan tanah tersebut, dia berhak kepada 1/2 harta itu. dalam jkeadaan lain, dia berhak kepada 1/3 sahaja.

(WALAUPUN 1/3 STILL DAPAT KAN WAHAI PARA ISTERI..TU YANG PERLU DITUNTUT TU..KALAU TAK RUGI....HEHEHE)
         
Masalah tentang harta sepencarian hanya timbul setelah berlakunya perceraian, sama ada perceraian yang diakibatkan oleh kematian atau perceraian hidup, namun begitu, pemilikan hak wujud sepanjang perkahwinan. isu siapa yang bertanggungjawab ke atas perceraian tidak timbul. dari segi undang-undang pembahagian harta depencarian merupakan hukum adat orang-orang melayu yang telah diiktiraf oleh Undang-undang di bawah  bab 60 Akta Undang-Undang Keluarga islam 1999 yang menyatakan :-

60. seseorang perempuan yang telah bercerai dengan suaminya atau seseorang lelaki yang telah bercerai dengan isterinya boleh atas permintaannya di mahkamah mendapatkan perintah terhadap bekas isterinya atau bekas suaminya mengenai pembahagian harta sepencarian.



Tuntutan terhadap harta sepencarian bukanlah dihadkan kepada isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada isteri. Jika diteliti tafsiran ini, ia menunjukkan bahawa harta yang sama-sama diperolehi oleh suami isteri, bukannya harta yang diperolehi oleh isteri sahaja ataupun harta yang diperolehi oleh suami sahaja.

Oleh itu, walaupun harta itu atas nama isteri sahaja, tetapi jika para suami berjaya membuktikan kepada mahkamah bahawa saudara juga ada menyumbang terhadap harta tersebut, maka Mahkamah akan memutuskan bahawa itu adalah harta sepencarian. 


(PARA SUAMI JUGA DAPAT MENUNTUT JUGA TU HARTA SEPENCARIAN DARI SI ISTERI..HEHE)


Merujuk Kitab At-Turuq al-Hukmiyah karya Ibnu Qayyim al-Juziyyah mengatakan, dalam tuntutan suami isteri membabitkan harta sepencarian, tuntutan hendaklah berdasarkan keterangan pihak yang membuktikan tuntutan itu. Kenyataan mengenai hak terhadap harta sepencarian bukan hanya diambilkira berdasarkan nama harta itu didaftarkan semata-mata sedangkan pihak satu lagi mungkin menyumbang cuma namanya tiada dalam daftar hakmilik harta itu.


Namun begitu, Hukum Syarak menetapkan bahawa suami tidak ada hak ke atas harta mutlak isteri, contohnya harta isteri yang diperolehi melalui harta pusaka daripada keluarganya. Selain itu, harta-harta perseorangan yang dibeli sebelum perkahwinan dan harta-harta tersebut tidak diusahakan bersama sepanjang tempoh perkahwinan juga bukan harta sepencarian. Saudara juga perlu memastikan bahawa harta-harta itu adalah harta perolehan bersama dan bukan hadiah atau hibah yang dihadiahkan kepada bekas isteri. Oleh itu, saudara tidak boleh menuntut hadiah yang telah diberikannya kepada bekas isteri sebagai harta sepencarian.


Diharap segala penjelasan dan informasi yang diberi dapat membantu awda semua dalam memahami konsep hak dan pembahagian harta sepencarian. Perlu diberi perhatian bahawa Hukum Syaak dan undang-undang ini bertujuan untuk memelihara kedua-dua hak suami dan isteri. Selanjutnya, pihak kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkara-perkara berkaitan.







jika ada sebarang persoalan atau ingin tahu lebih lanjut mengenai isu diatas, boleh call atau sms atau pun whatsapp saya di no +6737143976 atau lebih canggih lagi boleh email saya di aynalaily55@gmail.com

ASSALAMUALAIKUM.... xoxo :)